Monday 26 November 2012

Wudhu'




Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
 
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

 
1.Sembahyang-sembahyang sunat.
2.Thawaf di Baitullah.

3.Menyembahyangkan mayat.

4.Sujud tilawah atau sujud syukur.

5.Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan 6.menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


 
Syarat-syarat Wudhu'
 
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

 

1.Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
2.Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3.Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4.Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

5.Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.

6.Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

(sumber: https://zakatsel.com.my)

2 comments: