Wednesday 21 November 2012

Selamat Menyambut Hari Awal Muharram





Sempena Maal Hijrah yang baru tiba, jom kita kenali bulan Muharram..


1.         Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
2.       Bulan Muharram adalah bulan ALLAH
3.        Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bu lan Muharram". (HR Muslim no. 1163)




4 comments:

  1. Bulan Muharram juga mashyur tentang puasa assyura pd 10 Muharram..dan antara fadilatnya, dihapuskan dosa setahun yg lalu.. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. The explanation is good and easy to understand. Well done.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dan tahniah atas info yg menarik.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Moga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama

    ReplyDelete