Thursday 8 November 2012

Kepentingan berwudhuk

Sasaran : Pelajar Tahun 1
Topik    : Tujuan wudhuk & jenis-jenis air

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dalam apa jua pembelajaran adalah penting untuk kita mengetahui apakah kepentingan untuk kita mempelajarinya. Begitulah juga topik wudhuk ini, wudhuk ini penting itu membolehkan seseorang bersolat, memegang wudhuk dan tawaf. Dalam usul fiqh,

'Sesuatu perkara yang tidak terlaksana suatu yang wajib kecuali dengannya maka ianya turut menjadi wajib.'

Begitulah betapa pentingnya wudhuk ini, dengannya menjadikan solat dan tawaf seseorang sah.
Maka dengan kepentingan itu seseorang harus jelas akan jenis-jenis air dan boleh mengenal pasti jenis air  yang manakah boleh digunakan untuk berwudhuk. 

Air ada tujuh jenis, iaitu:
Air Hujan
Air Laut
Air Sungai
Air Telaga
Air mata air
Air Embun
Salji
      
 
Tujuh jenis air di atas boleh digunakan untuk bersuci/taharah. Maksudnya, air ini boleh digunakan untuk berwuduk, mandi wajib dan membasuh najis. Air di atas boleh digunakan atas apa sifat asal kejadiannya sekalipun. Maksudnya, boleh digunakan air hujan untuk bersuci, tidak kira macamana sifat asalnya sekalipun.

Kesimpulannya ialah, air yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air yang turun dari langit (awan) dan air yang terbit dari bumi. 

2 comments: