Wednesday 28 November 2012

Contoh RPH, Bahan Interaktif dan Video Tajuk: Rukun-rukun Solat Tahun 5




Salam semua..para blogger dan para pelawat. Di sini saya tampilkan RPH, video dan Bahan Interaktif powerpoint untuk mengajar tajuk Tahun 4 iaitu Rukun-rukun Solat. Video ini ditampilkan supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Malah video yang lengkap dengan seni kata ini juga sesuai untuk dijadikan induksi kerana ianya mengajak murid-murid untuk menyanyi sejurus membuatkan proses P&P menjadi menarik dan berkesan.

Sila download:
BAHAN INTERAKTIF
RPH Rukun-rukun Solat

Monday 26 November 2012

Wudhu'




Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
 
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

 
1.Sembahyang-sembahyang sunat.
2.Thawaf di Baitullah.

3.Menyembahyangkan mayat.

4.Sujud tilawah atau sujud syukur.

5.Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan 6.menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


 
Syarat-syarat Wudhu'
 
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

 

1.Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
2.Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3.Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4.Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

5.Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.

6.Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

(sumber: https://zakatsel.com.my)

Wednesday 21 November 2012

Selamat Menyambut Hari Awal Muharram





Sempena Maal Hijrah yang baru tiba, jom kita kenali bulan Muharram..


1.         Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
2.       Bulan Muharram adalah bulan ALLAH
3.        Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bu lan Muharram". (HR Muslim no. 1163)




Contoh Bahan Interaktif Video & Powerpoint Adab Berjual Beli Tahun 5


Link Video
Download Powerpoint Adab Berjual Beli

Tuesday 20 November 2012

Mengapa Surah Taubah tidak ada Basmalah



Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah...ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...


Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...
Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang KELIMA tersebut...
Wallahu a'lam...

Thursday 8 November 2012

Kepentingan berwudhuk

Sasaran : Pelajar Tahun 1
Topik    : Tujuan wudhuk & jenis-jenis air

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dalam apa jua pembelajaran adalah penting untuk kita mengetahui apakah kepentingan untuk kita mempelajarinya. Begitulah juga topik wudhuk ini, wudhuk ini penting itu membolehkan seseorang bersolat, memegang wudhuk dan tawaf. Dalam usul fiqh,

'Sesuatu perkara yang tidak terlaksana suatu yang wajib kecuali dengannya maka ianya turut menjadi wajib.'

Begitulah betapa pentingnya wudhuk ini, dengannya menjadikan solat dan tawaf seseorang sah.
Maka dengan kepentingan itu seseorang harus jelas akan jenis-jenis air dan boleh mengenal pasti jenis air  yang manakah boleh digunakan untuk berwudhuk. 

Air ada tujuh jenis, iaitu:
Air Hujan
Air Laut
Air Sungai
Air Telaga
Air mata air
Air Embun
Salji
      
 
Tujuh jenis air di atas boleh digunakan untuk bersuci/taharah. Maksudnya, air ini boleh digunakan untuk berwuduk, mandi wajib dan membasuh najis. Air di atas boleh digunakan atas apa sifat asal kejadiannya sekalipun. Maksudnya, boleh digunakan air hujan untuk bersuci, tidak kira macamana sifat asalnya sekalipun.

Kesimpulannya ialah, air yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air yang turun dari langit (awan) dan air yang terbit dari bumi. 

Wednesday 24 October 2012

Mukaddimah

Assalamualaikum.

Buat pembaca, blog ini diwujudkan sebagai medium interaksi antara saya, pelajar dan ibu bapa. Ia sebagai satu wadah untuk sebarang sesi soal jawab di luar kelas atau sebagai medium pencerahan untuk silibus yang telah diajar di dalam kelas.

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen yang telah disediakan.

Mudah-mudahan kewujudan blog ini dapat membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas subjek Pendidikan Islam khususnya topik pembelajaran wudhuk. Amin.

Syukran.