Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil
air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita
tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1.Sembahyang-sembahyang sunat.
|
|
2.Thawaf di Baitullah.
|
|
3.Menyembahyangkan mayat.
|
|
4.Sujud tilawah atau sujud syukur.
|
|
5.Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi
dibolehkan, diharuskan 6.menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran
itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
|
Syarat-syarat Wudhu'
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-
1.Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
|
|
2.Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang
buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
|
|
3.Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
|
|
4.Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
|
|
5.Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya,
sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah,
tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
|
|
6.Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
(sumber: https://zakatsel.com.my)
|
Penerangan yang jelas. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
ReplyDeletesama-sama
ReplyDelete