Sasaran : Pelajar Tahun 1
Topik : Tujuan wudhuk & jenis-jenis air
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Dalam apa jua pembelajaran adalah penting untuk kita mengetahui apakah kepentingan untuk kita mempelajarinya. Begitulah juga topik wudhuk ini, wudhuk ini penting itu membolehkan seseorang bersolat, memegang wudhuk dan tawaf. Dalam usul fiqh,
'Sesuatu perkara yang tidak terlaksana suatu yang
wajib kecuali dengannya maka ianya turut menjadi wajib.'
Begitulah betapa pentingnya wudhuk ini, dengannya menjadikan solat dan tawaf seseorang sah.
Maka dengan kepentingan itu seseorang harus jelas akan jenis-jenis air dan boleh mengenal pasti jenis air yang manakah boleh digunakan untuk berwudhuk.
Air ada tujuh jenis, iaitu:
Air Hujan
Air Laut
Air Sungai
Air Telaga
Air mata air
Air Embun
Salji
Tujuh jenis air di atas boleh
digunakan untuk bersuci/taharah. Maksudnya, air ini boleh digunakan untuk
berwuduk, mandi wajib dan membasuh najis. Air di atas boleh digunakan atas
apa sifat asal kejadiannya sekalipun. Maksudnya, boleh digunakan air hujan
untuk bersuci, tidak kira macamana sifat asalnya sekalipun.
Kesimpulannya ialah, air
yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air yang turun dari langit (awan)
dan air yang terbit dari bumi.
entri yg menarik
ReplyDeletesemoga murid-murid dapat mempelajarinya.
ReplyDelete